Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T adalah untuk beribadat serta memperhambakan diri kepada Allah yang Maha Esa.
Sesuai dengan maksud firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-Zariyat: 56)

Selasa, 14 Disember 2010

Ciri-ciri orang bertaqwa



Assalamu`alaikum dan salam ukhuwah kepada semua pengunjung blog ambo. Kali ini ambo hendak berkongsi sedikit ilmu yang telah ambo dengar & ambil daripada ceramah Ustaz Badli Shah Alauddin (Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jab. Agama Islam Pahang) yang disiarkan di TV9 dekat dihati jam 11 pagi (15/12/2010). Di antara isi kandungan ceramahnya ialah mengenai orang Mu'min yang bertaqwa. Sebelum itu, ambo ingin memetik firman Allah S.W.T yang menceritakan tentang kelebihan orang yang bertaqwa di dalam surah ath-Thalaq:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

ومن يتق الله يجعل له مخرجا.. ويرزقه من حيث لا يحتسب..ومن يتوكل على الله فهو حسبه..إن الله بلغ أمره, قد جعل الله لكل شيىء قدرا..

Yang bermaksud

" Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 


Maksud firman Allah diatas ialah Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran dah kelebihan yang istimewa kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepada-Nya. Daripada petikan firman Allah S.W.T itu, maka dapat disimpulkan bahawa hanya orang-orang yang bertaqwa yang akan mendapat ganjaran tersebut. Di antara ganjaran dan kelebihannya ialah:
  1. Allah akan menjadikan jalan keluar baginya
  2. Dan memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka
  3. Dan barang siapa yang bertawakkal cukuplah Dia baginya
  4. Dan barang siapa bertakwa akan dijadikan urusan mudah baginya
  5. Dan barang siapa bertakwa akan diampuni segala kesalahan dan diperbesar pahalanya

Dalam ceramah Ustaz Badli Shah Alauddin ada memberitahu mengenai kata-kata Imam Al-Khusyairi mengenai taqwa. Imam al-Khusyairi mengatakan bahawa seseorang yang hendak dilabelkan atau termasuk dalam kategori2 orang bertaqwa mestilah memiliki ciri2 dan sifat yang khusus dalam dirinya yang dapat melayakkan seseorang itu dipanggil orang-orang yang bertaqwa. Ciri2 khusus tersebut adalah berdasarkan huruf ejaan "Taqwa" dalam bahasa arab ( تقوى) .

 1.Huruf " ت ":
(توضع) "Tawadduk" yang bermaksud  "rendah diri".
2.Huruf " ق "
 (قناعة) "Qana'ah" yang bermaksud "rasa cukup dengan apa yang ada"
3.Huruf "  و "
 (ورع) "Warak" yang bermaksud "warak"
4. Huruf "ى "
 (يقين) "Yakin" yang bermaksud "yakin"

Oleh itu orang2 yang bertaqwa mestilah bersifat (tawadduk) merendah diri terhadap orang lain, walaupun dia mempunyai pangkat yang besar, rumah besar, tanah yang banyak atau isteri besar sekalipun dia tetap tidak sombong dan bongkak dengan apa yang dia miliki. Begitu juga dengan sifat Qana'ah, orang yang bertaqwa mestilah memiliki sifat Qana'ah iaitu dia merasa cukup dengan apa yang dia ada, contohnya sekiranya seseorang melihat jirannya membeli kereta Inspira baru, maka dia tidak akan merasa jeles atau bersifat ingin mengatasi jirannya itu walaupun dia juga mampu atau lebih berkemampuan kerana dia sudah merasa cukup dengan kereta yang dia miliki. Begitu juga dengan sifat warak dan yakin kepada Allah S.W.T. Kadang2 kita tidak yakin dengan Allah S.W.T. terhadap sesuatu perkara atau apa pun yang terjadi, sebab itulah kita dapat memperolehi ganjaran2 yang amat istimewa tersebut. Contohnya sekarang ramai dikalangan ibu-bapa yang berpendapat bahawa sekiranya anak mereka megambil bidang agama di universiti, mereka takut anak-anaknya susah mendapat pekerjaan sehingga ada dikalangan ibu bapa yang memaksa anak-anak mereka memilih bidang yang anak2 mereka sendiri tidak minat. Kita sepatutnya yakin dengan Allah kerana bukan bidang yang diambil yang menentukan pekerjaan teteapi Allah S.W.T. Sekian Wassalam.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan