Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T adalah untuk beribadat serta memperhambakan diri kepada Allah yang Maha Esa.
Sesuai dengan maksud firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-Zariyat: 56)

Sabtu, 13 Ogos 2011

Menjelma kembali

Assalamu'alaikum...apa kabar semua?mudahan Allah mengurniakan kita semua kesihatan yang baik dan dipelihara iman kita daridihakis oleh unsur-unsur yang blh merosakkan iman kita..kita sepatutnya bersyukur kepada Ilahi, sbb kita masih berpeluang untuk memperbaiki diri kita di bulan Ramadhan yang penuh dengan Rahmat dan Barakah ini..bercakap tentan bulan Ramadhan, ambo terfikir kenapa manusia berduyun-duyun ke masjid utk solat sunat terawih, tetapi bila tiba solat lima waktu kurang pula bilangan safnya...sedangkan yang lima waktu itu lebih utama kerana solat fardhu...tetapi lain jadinya, orang ramai hanya nampak amalan ibadah sunat je, bagi mereka seolah-olah yang sunat itu keutamaan, sampai ada yang menyambutnya dengan penuh kebesaran..Inilah apabila amalan ikut-ikutan diamalkan..Ada orang puasa, tapi solat tidak,ada tidak mkn dan minum, tapi merokok..seolah bagi mereka puasa itu hanya menahan diri dari makan dan minum je, sedangkan perkara2 yang membatalkan dan perkara2 yang boleh mengurangkan pahala puasa tidak dijaga dan dipelajari..Ambo pernah terfikir, kalaulah seluruh negeri mengadakan program macam kerajaan negeri Kelantan anjurkan seperti bulan solat, solat beramai-ramai di tempat lapang atau stadium, tentulah ramai yang mendapat pendedahan..ambo pernah berkunjung ke bazaar Ramadhan di salah satu tempat di Sabah, orang punyalah ramai berbuka puasa beramai2 di sepanjang jalan dan ada juga di atas round about,mungkin mencecah ratus orang..ada yg mkn sebelum berbuka, ada yang bergurau-senda lelaki dan perempuan dan macam2 gelagak orang ramai..sedangkan masjid berdekatan kosong dengan tetamu...mungkin pihak berkuasa blh mendirikan canopy ditempat lapang sebagai tempat orang ramai berbuka dan solat berjamaah..dengan ini orang ramai blh berbuka dan berjamaah bersama dan pihak berkuasa pun boleh pantau mereka2 yang tidak berpuasa. Ini sekadar perkongsian sahaja,tidak ada niat untuk mengenakan sesiapa..andai ada tersalah dan tersilap dalam perkongsian ini ambo mohon berbanyak kemaafan..andai ada teguran ambo alu-alukan..sekian..