Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T adalah untuk beribadat serta memperhambakan diri kepada Allah yang Maha Esa.
Sesuai dengan maksud firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-Zariyat: 56)

Isnin, 13 Disember 2010

Eidul Adha IPGM Kampus Keningau Sabah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera ambo ucapkan kepada semua pengnunjung...semoga anda semua diberkati Allah S.W.T sentiasa. Kali ini ambo meraikan sambutan Eidul Adha di IPGM Kampus Keningau Sabah kerana tidak dpt pulang ke kampung untuk beraya bersama-sama keluarga tersayang. sebabnya ialah kerana cuti raya yg terlalu pendek iaitu 1 hari. Ambo pun merasa pelik dengan sistem cuti di negara ambo ni, kalau negara anda xtaulah mcm mana..Tetapi di negara ambo Malaysia ni, cuti hari raya Eidul Adha hanya sehari saja, sedangkan Eidul Adha merupaka hari raya besar dalam Islam.. yg ambo peliknya, kalau cuti raya kaum lain lama pula tempoh cutinya, ada 2 hari, ada 3 hari..nk buat guano, kita ni mkn gaji dgn org, kalau byk complain nanti royak kita lwn kerajaan pula..huhu..

Okaylah..berbalik kepada sambutan Eidul Adha di Sabah, ianya tidaklah semeriah di negeri ambo Kelate, kalau di Kelate rakyatnya menyambut dengan penuh meriah..tetapi di Sabah, ambo dpt merasai suasana hari raya hanyalah pada hari raya pertama sahaja..hari lain rasa mcm biasa jah..Xpolah, sekurangnya ada juga sambutan & di IPGM kami telah mengorbankan sebanyak 3 ekor lembu yg kami sama2 kongsi..Rasanya ini sudah masuk kali ke-2 ambo sambut Eidul Adha di perantauan..Kalau dulu ambo sambut di Nilai negeri Sembilan semasa ambo sedang menunut di Universiti Sains Islam Malaysia..sebabnya kerana kehabisan tiket..huhu




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan