Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T adalah untuk beribadat serta memperhambakan diri kepada Allah yang Maha Esa.
Sesuai dengan maksud firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-Zariyat: 56)

Jumaat, 17 Disember 2010

Khasiat budu

 CADANGAN HIDANGAN 

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang difikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Konvoi bermotor ke taman pertanian Sabah (Tambunan)


 DALAM PERJALANAN KE TAMBUNAN

Pada tanggal 17hb Oktober 2010. Ambo bersama 3 orang saing-saing ambo telah berkunjung ke taman pertanian Sabah di Tambunan. Ambo bersama saing-saing bertolak dari keningau jam 8.00 pagi dan sampai di Tambunan jam lebih kurang jam 9 pagi. Ambo dan saing-saing menaiki motor masing-masing, kami menggunakan 2 biji motor, satu milik saing ambo dari Sabah dan satu milik ambo sendiri. Dalam perjalanan kami telah berhenti sebanyak 2 kali kerana berehat. Di sana banyak yang ambo dapat lihat, ada taman bunga raya, taman bunga kaktus, menikmati buah ajaib dan sebagainya. 

   
BERHENTI REHAT                BUAH PELIK
                  
Yang paling istimewa ialah buah ajaib, sebelum ini ambo tidak tahu pun macam mana rupanya pokok & buah ajaib, maklumlah hanya  dengar dan lihat dikaca tv je. Tapi apabila berkunjung ke taman pertanian Sabah ni, barulah ambo dpt kenal pokok dan menikmati buahnya. Yang paling ajaibnya ialah ambo telah memakan buah limau yang belum masak dan masam sgt rasanya, tetapi apabila ambo cuba mkn buah ajaib lebih kurang 5 hingga 10 minit kemudian memakan buah limau itu, rasa buah limau itu sangatlah manis rasanya mcm madu. Ajaib kan buah ajaib?sebab itu orang panggil pokok ajaib. Semuanya adalah ciptaan Allah S.W.T, ciptaan Allah semuanya cukup hebat. 
    

 PUSAT ANGGERIK KACUKAN               KERETAPI UNTUK PUSING KAW. TAMAN

    BERSAMA KAWAN-KAWAN


MAKAN BUAH LIMAU MASAM & BUAH AJAIB           


 DINASOUR


TERATAI GERGASI


 TAMAN BUNGA RAYA

 PERIUK KERA


 RUMAH MURUT



 TANDATANGAN UNTUK DAPATKAN SIJIL PELAWAT



 PROMOSI KOPI TENOM



              
                               

                               
                               

                               
                               
                               


Khamis, 16 Disember 2010

Jadikan Cursor Anda Berkilauan (sparkle)

Kali ini ambo nak berkongsi ilmu mengenai blog yang ambo ambil dari laman blog :http://tutorialuntukblog.blogspot.com

Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana untuk menjadikan cursor anda menghasilkan 'bintang²' yang berkerlipan. Terdapat pelbagai jenis warna yang telah diletakkan untuk memudahkan pemilik blog sesuaikan dengan warna thema masing². Kata lain yang mungkin sesuai ialah untuk menjadikan cursor anda sparkle.(tak tahu istilah betul apa untuk effect ini.:)

Kalau masih tidak faham bagaimana hasilnya, boleh lihat contoh gambar di bawah.:)


Sebelum itu, tutorial ini juga boleh digambungkan dengan tutorial tukar cursor pada blog anda. Semestinya untuk menjadikannya lebih menarik. Sudah di'test' dan dibuktikan boleh.:)

Tutorial untuk membuatkan cursor anda menjadi sparkle adalah seperti berikut:

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Pada ruangan HTML/javascript, masukkan kod berikut.

<script src="URL JS" type="text/javascript"></script>


Note: untuk URL JS, tukarkan dengan kod berikut mengikut warna sprakle yang anda kehendaki

Biru - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/biru.js

Hitam - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/black.js

hijau - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/lawngreen.js

Ungu - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/purple.js

Putih - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/putih.js

Pink - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/salmon.js

Kuning - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/yellow.js

Hijau kebiruan - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/aqua.js

Contoh: jika anda mahu mouse anda dengan sparkle warna biru, kodnya adalah:

<script src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/biru.js" type="text/javascript"></script>


3. Apabila sudah masukkan kod, save dan lihat hasilnya..

Senang bukan.?
Selamat mencuba.:)

Tikam kekasih

Harian metro, Jumaat,17hb Disember 2010.



KUANTAN: Berang selepas gagal mendapatkan nombor telefon baru bekas kekasihnya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam lengan dan paha kiri gadis berkenaan sebelum melarikan motosikal mangsa dalam satu kejadian di Bandar Jengka, Maran, kelmarin.
Tindakan gila buruh berusia 28 tahun itu tidak berakhir di situ apabila dia meninggalkan mangsa yang berusia 23 tahun di tepi jalan mengerang kesakitan sebelum diselamatkan orang ramai yang menghantarnya ke hospital untuk menerima rawatan. 
Difahamkan, pasangan kekasih berkenaan baru memutuskan ikatan cinta mereka kira-kira seminggu lalu membuatkan suspek yang masih tergila-gilakan mangsa hilang pertimbangan seakan-akan ‘gila talak’.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Syamsuri berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa baru keluar dari sebuah kedai makan menuju ke motosikalnya sebelum terserempak dengan bekas teman lelakinya.



Katanya, suspek terus mengekori mangsa hingga ke tempat letak motosikal di depan kedai makan berkenaan sebelum meminta nombor telefon barunya.


“Gadis yang bekerja sebagai jurujual enggan melayan pertanyaan itu terus meninggalkan suspek.

“Suspek mengejar mangsa dan mengarahkannya memberhentikan motosikal ketika tiba di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, suspek berkali-kali meminta gadis berkenaan memberitahu nombor telefon barunya, namun mangsa tetap berkeras enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Berang selepas permintaannya ditolak, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau dan menikam lengan dan paha kiri bekas kekasihnya itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian merayu meminta pertolongan lelaki berkenaan menghantarnya ke hospital mendapatkan rawatan dan suspek bersetuju menghantar bekas kekasihnya itu menaiki motosikal gadis itu.

“Ketika dalam perjalanan mangsa menyedari suspek tidak membawanya ke hospital sebaliknya ke destinasi lain menyebabkan gadis berkenaan terjun dari motosikal diboncengnya

“Menyedari keadaan berkenaan, suspek bertindak memecut motosikal milik bekas kekasihnya itu dan meninggalkan gadis terbabit mengerang kesakitan di tepi jalan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Menurutnya, polis sedang giat memburu suspek dan identitinya sudah dikenal pasti.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.



Ibu terkulai ratapi kematian anak

Harian metro, Jumaat, 17hb Disember 2010.



BANTU...anggota perubahan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan apabila bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung, semalam.
BANTU...anggota perubahan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan apabila bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung, semalam.
KELUARKAN MANGSA...anggota penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terbunuh.
KELUARKAN MANGSA...anggota penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terbunuh.
KOTA KINABALU: Seorang ibu terkulai selepas meratapi kematian anak lelaki kesayangannya, Sabirin Murad, 29, yang terbunuh selepas bas dinaiki bersama 25 kakitangan Jabatan Penjara Tawau terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter, semalam.
Kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa itu berlaku di Kilometer 32 Jalan Penampang - Tambunan di sini, kira-kira jam 10.40 pagi. 
Sitimah Musah, 55, berkata, kali terakhir dia berbual dengan anaknya itu ketika menghubunginya dua kali iaitu kira-kira sejam sebelum kejadian berlaku.

“Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan terakhirnya yang bersungguh-sungguh menyuruh menyediakan makan tengah hari di rumah.


“Saya sedih kerana kami memang jarang makan bersama kerana dia bertugas di Tawau dan saya tidak sangka, panggilan dua kali itu adalah kali terakhir saya mendengar suaranya,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, semalam.

Sitimah yang menetap di Kampung Rampaian Manggatal berkata, anaknya ada menghubungi memaklumkan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu kira-kira jam 9 pagi. 

“Selepas itu, dia menghubungi semula sejam kemudian dan memberitahu sudah berada di Penampang, selain menyuruh seorang adiknya menunggu di Kota Kinabalu," katanya. 

Sementara itu, Nurul Syakinah Muslimin Mohammad, 15, berkata, sebelum kejadian, ayahnya, Muslim Mohamad, 36, pemandu kedua bas terbabit yang turut terbunuh ada menyatakan mahu membeli persiapan persekolahan termasuk baju dan kasut baru sebaik tiba di Kota Kinabalu. 

“Ayah berjanji untuk berjumpa di Kota Kinabalu tetapi saya terkilan kerana hajat kami berkubur," katanya. 

Menurut Nurul Syakinah, beberapa jam sebelum kejadian, dia dihubungi ayahnya yang memberitahu bas dinaiki baru bergerak ke Kota Kinabalu. 

“Tidak sampai beberapa jam selepas itu, emak dari Tawau menghubungi saya memberitahu ayah terbabit dalam kemalangan dan saya bergegas ke hospital, tetapi diberitahu ayah sudah meninggal dunia," katanya. 

Penumpang bas berkenaan, Moha Hafiz Rahim, 14, berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba dan sempat berpaut pada kerusi untuk mengelak terhumban keluar daripada bas yang bergolek jatuh ke dalam gaung. 

“Ketika itu terlintas kemungkinan ajal saya sudah sampai apabila menyedari bas mula menjunam ke gaung dan bergolek beberapa kali sebelum berhenti. 

“Dalam keadaan kelam kabut itu, saya tidak berfikir apa-apa, selain menyelamatkan diri dan keluar daripada bas berkenaan,” katanya. 

Penumpang, Ulil Amri, 28, yang sedang tidur di kerusi penumpang bahagian tengah bas terkejut apabila mendengar jeritan yang mendakwa bas hilang kawalan. 

"Selepas itu, saya mendengar dentuman kuat dan bas bergolek beberapa kali. Saya bersyukur kerana tidak cedera serius, cuma sakit di peha dan dada akibat hentakan kuat,” katanya.

ADUN Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia

http://www.malaysiakini.com/news/151027, 17hb Disember 2010:




ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.
Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

NONE
Menurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.



Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.


Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasata di ibu negara itu.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

azlan
Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundiMelayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.


Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.


Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.


Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.


Haiwan ternakkan

Salam sejahtera semua. ambo ni suka tulis apa2 je yg ambo tengok, dengar, belajar dan apa2 yang ambo tau..hehe..yang ambo tidak tahu ambo takkan tulis sbb itu dipanggil tipu..kali ini ambo nk kongsi dengan pengunjung blog ambo tentang haiwan ternakkan keluarga ambo. Menternak haiwan ni blh menjadi satu ibadah juga tau sbb hasil ternakkan kita bk kita je yg makan, masyarakat juga dpt mkn sekiranya kita jual dipasaran. Disamping dpt duit, kita dpt juga berkhidmat kepada masyarakat. kelmarin tepat jam 6 petang 15/12/2010 ayah ambo telah membeli seekor lembu baru daripada adik iparnya sendiri iaitu bapa saudara ambo. harganya lebih kurang RM2000 lebih, mahal harganya sebab lembu carolih. lembu ini betina dan telah melahirkan 3 ekor anak, muda lg ar kalau kira, kalau orang tgh muda tang2..hehe


Selain lembu, keluarga ambo juga ada menternak ayam dan itik serati, itik serati ni milik mak saudara ambo (mok dah). Itik ni jenis maskobin, besar juga.

 


Okaylah ye..itu je yang ambo nk kongsi buat kali ni...Nanti ada apa2 yang terbaru ambo akan update kat blog ambo ni..salam.




AHLI KELUARGA AMBO

     
AYAH AMBO (MAT LAZIM)



MAK AMBO (MEK NAB)



ABG SULONG AMBO & KAK IPAR (MOHD KHAIRI & KAK LINDA)


ABG AMBO YG KE-2 & KAK IPAR (KHAIRUDIN & KAK NA)


AMBO (ANAK YG KE-3)


ADIK AMBO YANG KE-4 (ANUAR)


ADIK AMBO YG PALING BONGSU (LIZAWATI)






Selasa, 14 Disember 2010

Ciri-ciri orang bertaqwa



Assalamu`alaikum dan salam ukhuwah kepada semua pengunjung blog ambo. Kali ini ambo hendak berkongsi sedikit ilmu yang telah ambo dengar & ambil daripada ceramah Ustaz Badli Shah Alauddin (Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jab. Agama Islam Pahang) yang disiarkan di TV9 dekat dihati jam 11 pagi (15/12/2010). Di antara isi kandungan ceramahnya ialah mengenai orang Mu'min yang bertaqwa. Sebelum itu, ambo ingin memetik firman Allah S.W.T yang menceritakan tentang kelebihan orang yang bertaqwa di dalam surah ath-Thalaq:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

ومن يتق الله يجعل له مخرجا.. ويرزقه من حيث لا يحتسب..ومن يتوكل على الله فهو حسبه..إن الله بلغ أمره, قد جعل الله لكل شيىء قدرا..

Yang bermaksud

" Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 


Maksud firman Allah diatas ialah Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran dah kelebihan yang istimewa kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepada-Nya. Daripada petikan firman Allah S.W.T itu, maka dapat disimpulkan bahawa hanya orang-orang yang bertaqwa yang akan mendapat ganjaran tersebut. Di antara ganjaran dan kelebihannya ialah:
  1. Allah akan menjadikan jalan keluar baginya
  2. Dan memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka
  3. Dan barang siapa yang bertawakkal cukuplah Dia baginya
  4. Dan barang siapa bertakwa akan dijadikan urusan mudah baginya
  5. Dan barang siapa bertakwa akan diampuni segala kesalahan dan diperbesar pahalanya

Dalam ceramah Ustaz Badli Shah Alauddin ada memberitahu mengenai kata-kata Imam Al-Khusyairi mengenai taqwa. Imam al-Khusyairi mengatakan bahawa seseorang yang hendak dilabelkan atau termasuk dalam kategori2 orang bertaqwa mestilah memiliki ciri2 dan sifat yang khusus dalam dirinya yang dapat melayakkan seseorang itu dipanggil orang-orang yang bertaqwa. Ciri2 khusus tersebut adalah berdasarkan huruf ejaan "Taqwa" dalam bahasa arab ( تقوى) .

 1.Huruf " ت ":
(توضع) "Tawadduk" yang bermaksud  "rendah diri".
2.Huruf " ق "
 (قناعة) "Qana'ah" yang bermaksud "rasa cukup dengan apa yang ada"
3.Huruf "  و "
 (ورع) "Warak" yang bermaksud "warak"
4. Huruf "ى "
 (يقين) "Yakin" yang bermaksud "yakin"

Oleh itu orang2 yang bertaqwa mestilah bersifat (tawadduk) merendah diri terhadap orang lain, walaupun dia mempunyai pangkat yang besar, rumah besar, tanah yang banyak atau isteri besar sekalipun dia tetap tidak sombong dan bongkak dengan apa yang dia miliki. Begitu juga dengan sifat Qana'ah, orang yang bertaqwa mestilah memiliki sifat Qana'ah iaitu dia merasa cukup dengan apa yang dia ada, contohnya sekiranya seseorang melihat jirannya membeli kereta Inspira baru, maka dia tidak akan merasa jeles atau bersifat ingin mengatasi jirannya itu walaupun dia juga mampu atau lebih berkemampuan kerana dia sudah merasa cukup dengan kereta yang dia miliki. Begitu juga dengan sifat warak dan yakin kepada Allah S.W.T. Kadang2 kita tidak yakin dengan Allah S.W.T. terhadap sesuatu perkara atau apa pun yang terjadi, sebab itulah kita dapat memperolehi ganjaran2 yang amat istimewa tersebut. Contohnya sekarang ramai dikalangan ibu-bapa yang berpendapat bahawa sekiranya anak mereka megambil bidang agama di universiti, mereka takut anak-anaknya susah mendapat pekerjaan sehingga ada dikalangan ibu bapa yang memaksa anak-anak mereka memilih bidang yang anak2 mereka sendiri tidak minat. Kita sepatutnya yakin dengan Allah kerana bukan bidang yang diambil yang menentukan pekerjaan teteapi Allah S.W.T. Sekian Wassalam.










Kuih tradisional Kelantan " Tepung Bungkus "


TEPUNG BUNGKUS YANG MASIH PANAS
Tepung bungkus merupakan kuih tradisional kelantan. Tepung bungkus diperbuat daripada debu pulut yang telah dimasak di atas api yang dinyalakan menggunakan dapur kayu. Inti tepung bungkus pula diperbuat daripada kelapa muda mesin yang dimasak bersama gula Melaka yang kemudiannya disalut dengan debu tepung yang telah diuli. Sebab dinamakan tepung bungkus ialah kerana ia adalah sejenis kuih yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Tepung bungkus tidak boleh dimasak diatas dapur gas kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk masa, dan sekiranya menggunakan dapur gas, kita terpaksa menggunakan gas yang banyak..Tepung bungkus ini sudah sinonim dengan kg. berhala lima limbat yang  telah diusahakan oleh mak ambo sendiri yang glamour dengan panggilan "Mok Nab tepung bungkus". Mak ambo ini telah mengusahakan perniagaan tepung bungkus ini semenjak ambo di sekolah rendah lagi sampailah sekarang semata-mata hendak menyara hidup ambo sekeluarga.

TEPUNG BUNGKUS YANG TELAH MASAK
Istimewanya tepung bungkus Mok Nab ini ialah kerana harganya yang murah kalau hendak dibandingkan dengan tepung bungkus orang lain iaitu RM1 untuk empat biji tepung bungkus. Di antara keistimewaanya yang lain ialah kerana ia menggunakan inti kelapa muda yang telah diuli terlebih dahulu, jika tepung bungkus orang lain biasanya ia menggunakan inti kelapa yang hanya diayak diatas depu tepung sahaja. Tepung bungkus Mok Nab ini telah banyak menerima tempahan daripada orang ramai dan pernah sampai ke Kuala Lumpur kerana permintaan yang tinggi. Kebiasaannya tepung bungkus digunakan untuk makanan biasa orang kampung, untuk jamuan majlis kenduri tahlil, jamuan mesyuarat dan sebagainya.Jadi kepada sesiapa yang berminat hendak makan tepung bungkus yang sedap dan lemak manis bolehlah berkunjung ke rumah Mok Nab di Kg. Berhala Lima Limbat, 16150, Kota Bharu, Kelantan.Darul Naim...hehe..
TEPUNG BUNGKUS YANG HENDAK DIJUAL

Isnin, 13 Disember 2010

Haiwan kesayangan