Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T adalah untuk beribadat serta memperhambakan diri kepada Allah yang Maha Esa.
Sesuai dengan maksud firman Allah S.W.T dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-Zariyat: 56)

Memaparkan catatan dengan label Makanan tradisional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan tradisional. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Disember 2010

Khasiat budu

 CADANGAN HIDANGAN 

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang difikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Selasa, 14 Disember 2010

Kuih tradisional Kelantan " Tepung Bungkus "


TEPUNG BUNGKUS YANG MASIH PANAS
Tepung bungkus merupakan kuih tradisional kelantan. Tepung bungkus diperbuat daripada debu pulut yang telah dimasak di atas api yang dinyalakan menggunakan dapur kayu. Inti tepung bungkus pula diperbuat daripada kelapa muda mesin yang dimasak bersama gula Melaka yang kemudiannya disalut dengan debu tepung yang telah diuli. Sebab dinamakan tepung bungkus ialah kerana ia adalah sejenis kuih yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Tepung bungkus tidak boleh dimasak diatas dapur gas kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk masa, dan sekiranya menggunakan dapur gas, kita terpaksa menggunakan gas yang banyak..Tepung bungkus ini sudah sinonim dengan kg. berhala lima limbat yang  telah diusahakan oleh mak ambo sendiri yang glamour dengan panggilan "Mok Nab tepung bungkus". Mak ambo ini telah mengusahakan perniagaan tepung bungkus ini semenjak ambo di sekolah rendah lagi sampailah sekarang semata-mata hendak menyara hidup ambo sekeluarga.

TEPUNG BUNGKUS YANG TELAH MASAK
Istimewanya tepung bungkus Mok Nab ini ialah kerana harganya yang murah kalau hendak dibandingkan dengan tepung bungkus orang lain iaitu RM1 untuk empat biji tepung bungkus. Di antara keistimewaanya yang lain ialah kerana ia menggunakan inti kelapa muda yang telah diuli terlebih dahulu, jika tepung bungkus orang lain biasanya ia menggunakan inti kelapa yang hanya diayak diatas depu tepung sahaja. Tepung bungkus Mok Nab ini telah banyak menerima tempahan daripada orang ramai dan pernah sampai ke Kuala Lumpur kerana permintaan yang tinggi. Kebiasaannya tepung bungkus digunakan untuk makanan biasa orang kampung, untuk jamuan majlis kenduri tahlil, jamuan mesyuarat dan sebagainya.Jadi kepada sesiapa yang berminat hendak makan tepung bungkus yang sedap dan lemak manis bolehlah berkunjung ke rumah Mok Nab di Kg. Berhala Lima Limbat, 16150, Kota Bharu, Kelantan.Darul Naim...hehe..
TEPUNG BUNGKUS YANG HENDAK DIJUAL